Program gotong-royong telah diadakan pada 1hb November 2009.Program ini juga melibatkan sebahagian penduduk Kampung Mukim 5 dan Qariah Masjid Kubang Semang.Turut hadir dalam program ini ialah Tim. Ketua Menteri 1 YB MANSUR OTHMAN dan ADUN Pmtg Pasir YB SALLEH MAN.Seramai 300 orang penduduk berpadu tenaga membersihkan kawasan kampung seperti longkang,parit dan kawasan surau berhampiran.Semangat bermuafakat penduduk kampung amat ketara sekali. Pada hari yang sama juga JKKK Mukim5 telah mengadakan Majlis penyampaian sumbangan kepada Ibu Tunggal,Anak Yatim,Orang Miskin dan OKU.Sumbangan tersebut berupa barangan makanan.Seramai 25 orang penerima yang layak.Barangan ini telah disampaikan oleh TKM 1 YB Tuan Mansur Othman Dan ADUN Pmtg Pasir YB Salleh Man.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami pihak Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Komuniti (JKKK) KUBANG SEMANG SG SEMAMBU MUKIM 5 telah mengambil satu lagi langkah untuk menjadikan pentadbiran JKKK KUBANG SEMANG SG SEMAMBU MUKIM 5 lebih interaktif khususnya dalam era teknologi maklumat.
Dengan adanya blog ini ianya akan dapat dimanfaatkan oleh bukan sahaja pihak JKKK KUBANG SEMANG SG SEMAMBU MUKIM 5 malah juga warga kampung dan semua pihak yang ingin berkongsi idea dan mendapatkan maklumat berkenaan aktiviti JKKK KUBANG SEMANG SG SEMAMBU MUKIM 5. Selain itu blog ini juga akan dapat membantu memperkenalkan Kampung ini bukan sahaja di peringkat negeri, nasional malah juga di peringkat global.
0 comments:
Post a Comment