. JKKK KUBANG SEMANG SUNGAI SEMAMBU MUKIM 5: December 2009

Tuesday, December 15, 2009

Monday, December 14, 2009

MESYUARAT BULANAN

Setakat ini JKKK Kubang Semang Sg Semambu Mukim 5 telah mengadakan mesyuarat bulanan sebanyak 4 kali.Bermula September hingga Disember Mesyuarat pertama diadakan pada 6 hb september 2009 pada pukul 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan PKR Sg Semambu dengan kehadiran12orang ahli JKKK.







BIRO KESELAMATAN

BIRO KESELAMATAN : EN ZULKIFLI ABD HAMID

Skuad rondaan malam telah ditubuhkan pada mesyuarat bulanan yang pertama dan diketuai oleh Encik Zulkifli Bin Hj Abd Hamid.Semua AJK terlibat dalam skuad ini. Tujuan diadakan rondaan malam adalah untuk mencegah jenayah di dalam kampung.Antara jenayah yang kerap berlaku di kampung ini adalah seperti curi motor, pecah rumah dan penyalahgunaan dadah. Rondaan malam dijalankan sebanyak 2 atau 3 kali seminggu. Harapan kami ahli JKKK, semoga suatu hari nanti kampung ini bebas dari segala gejala jenayah. Gejala sosial juga masih terdapat di kampung ini.Ia dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan seramai 3 orang ahli dan setiap kumpulan juga hendaklah mencari beberapa orang penduduk kampung untuk menyertai kumpulan masing-masing.



Program majlis penyampaian daging korban

Program majlis penyampaian daging korban kepada penduduk kampung telah diadakan pada kedua Hari Raya Haji,bertempat di Mukim 5 Sg Semambu.Program diadakan bersama JDM MK 8 Tanah Liat.Seekor lembu telah disumbangkan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh,Datuk Sri Anwar Ibrahim.Lebih kurang 50 bungkus(1kg) daging telah diagihkan kepada penduduk di kawasan sekitar.Majlis pengagihan daging disempurnakan oleh Pengerusi JKKK Kubang Semang Sg Semambu Mukim 5.




Program Gotong-Royong

Program gotong-royong telah diadakan pada 1hb November 2009.Program ini juga melibatkan sebahagian penduduk Kampung Mukim 5 dan Qariah Masjid Kubang Semang.Turut hadir dalam program ini ialah Tim. Ketua Menteri 1 YB MANSUR OTHMAN dan ADUN Pmtg Pasir YB SALLEH MAN.Seramai 300 orang penduduk berpadu tenaga membersihkan kawasan kampung seperti longkang,parit dan kawasan surau berhampiran.Semangat bermuafakat penduduk kampung amat ketara sekali. Pada hari yang sama juga JKKK Mukim5 telah mengadakan Majlis penyampaian sumbangan kepada Ibu Tunggal,Anak Yatim,Orang Miskin dan OKU.Sumbangan tersebut berupa barangan makanan.Seramai 25 orang penerima yang layak.Barangan ini telah disampaikan oleh TKM 1 YB Tuan Mansur Othman Dan ADUN Pmtg Pasir YB Salleh Man.


Pengurusan & Pentadbiran


Pengerusi JKKK MK 5 Puan Siti Noriza Bt Abu Bakar telah dilantik pada bulan Ogos 2009.Ahli JKKK Mk 5 dan Setiausaha Dilantik pada 1 hb Sept 2009.Keanggotaan JKKK Mk 5 adalah seramai 15 orang.Setiausaha ialah Puan Zalina Bt Johar.Bendahari ialah En. Othman Shaari.

TIGA BIRO TELAH DIBENTUK UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PENGURUSAN JKKK KUBANG SEMANG SG SEMAMBU MUKIM 5

BIRO KESELAMATAN : EN ZULKIFLI ABD HAMID

BIRO KEBAJIKAN : EN MANSOR DIN

BIRO EKONOMI : EN ABDULLAH OTHMAN



MINIT MESYURAT



 

Daftar Blog Saya

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design